PERANAN

KAUNSELOR
Peranan Kaunselor hendaklah relevan dengan matlamat yang hendak dicapai. Jadi, dalam terapi ini, kaunselor mempunyai beberapa peranan untuk menjayakan sesi kaunseling dan seterusnya memebantu klien membebaskan diri daripada permasalahan yang sedang dihadapi, antaranya ialah:
·         Kaunselor perlu menyedari bahawa dia sebagai seorang model, guru, jurulatih ataupun pakar yang akan menganalisa perlakuan kliennya.
·         Perlu berusaha untuk menunjukkan kepada klien bahawa ia mempunyai kedudukan atau taraf yang sama dengan klien walaupun seorang kaunselor itu mempunyai kepakaran dan pengalaman dan pengalaman yang lebih.
·         Mengajar dan menunjukkan kepada klien bagaimana dia boleh mengubah Skrip Hidupnya dan menggantikannya dengan yang baru.
·         Menunjukakan kepada kliennya bahawa dia memang mempunyai keupayaan dan kuasa untuk membuat keputusan-keputusan yang baru.
·         Perlu menjelaskan dalam kaunseling kelompok, bahawa kaunselor dank lien hendaklah membuat satu ikatan perjanjian yang menentukan perkara tertentu.
·         Kaunselor memerlukan satu rol ataupun garis panduan mengikut kehendak dan matlamat dalam terapi. Antaranya :
i. campur tangan hendaklah dibuat apabila perlu sahaja.
ii. kaunselor perlu menyedari nahawa individu itu mepunyai kecenderungan semulajadi kea rah kesihatan jasmani dan jiwa.
iii. kaunselor perlu berusaha sebaik mungkin untuk member rawatan
iv. kaunselor dituntut untuk melihat dan menjaga kepentingan dirinya sendiri.

  
KLIEN

  •          Klien mestilah mendapat manfaat dari perbincangan dan berdiskusi serta wawancara dengan kaunselor.
  •          Klien dan kaunselor mestilah sama-sama berusaha mencapai matlamat dalam proses kaunseling tersebut setelah kontrak atau perjanjian diadakan.
  •          Klien tidak boleh bergantung kepada kaunselor semata-mata.
  •         Klien mestilah menyatakan secara kontrak dan khusus tentang perubahan yang ingin dicapai.
  •     Andainya klien tidak tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi, ia boleh meneroka bersama-sama kaunselor sehingga masalah yang dihadapinya jelas dan matlamat yang hendak dicapai dipersetujui