KONSEP UTAMA

Terapi Analisis Transaksional terbahagi kepada beberapa jenis :-


Pandangan Analisis Transaksional Terhadap Sifat Manusia



Empat Konsep Khas
dalam menganalisa personaliti dan cara berkomunikasi


 A)  Analisis Berstuktur


Melibatkan ego stat (personaliti kecil) Ibu Bapa, Dewasa, dan Kanak-kanak.

·        Ego Stat
Iaitu gabungan fikiran dan perasaan yang selaras dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Tingkah laku seseorang ditunjukkan melalui tiga ego stat iaitu Ibu Bapa, Dewasa dan Kanak-kanak. Ia hadir dalam diri tanpa mengira umur. 





TRANSAKSI

Transaksi adalah unit asas dalam komunikasi yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. Apabila seseorang itu berhubungan dengan orang lain, dia telah memberi ransangan dan megharapkan respons daripada individu tersebut.



Egogram

Egogram ialah sejenis graf analisis transaksional yang mewakili kadar penggunaan letiga-tiga ego stat dalam perkembangan personality individu. Nelson Jones (2001) menjelaskan egogram ialah graf bar yang menunjukkan tenaga individu yang wujud dalam lima keadaan ego yang berfungsi. Menurut Berne, ego stat boleh diukur secara sistematik. Kaedah pengukuran ini dinamakan egogram. Setiap individu memiliki egogram yang berbeza-beza.
          

Posisi Hidup

        Posisi hidup seseorang itu terbentuk sejak dari kecil lagi. Pengalaman masa kecil akan membentuk posisi hidup seseorang individu itu. Jika seseorang kanak-kanak itu mengalami yang bahagia dan selalu menerima strok yang positif maka posisi hidupnya positif dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ia akan membina posisi hidup bahawa “Saya Tidak OK”, tetapi apabila kanak-kanak diberi belaian dan sentuhan yang mencukupi ia akan mengubah posisi hidupnya kepada “Saya OK”. 

Terdapat 4 jenis posisi hidup:





Permainan Hidup

        Dalam transaksi, kita menggunakan permainan hidup untuk melindungi diri dari rasa takut atau risau. Permainan hidup ini wujud berdasarkan tafsiran-tafsiran yang dibuat mengenai mesej-mesej yang diterima sejak kecil serrta keputusan-keputusan yang diambil berdasarkan tafsiran tersebut ( Berne 1964)


Strok

Strok dikenali sebagai pengiktirafan yang diberikan kepada seseorang individu secara lisan atau bukan lisan.  Manusia sentiasa memerlukan strok dan mereka cuba memperolehinya secara positif atau negatif kerana strok adalah keperluan manusia.